Site icon TechNave BM

HONOR V40 versi global dilapor sah hadir dengan servis Google

Sejak HONOR telah bebas dari naungan HUAWEI, berita mengenai peranti HONOR bakal hadir dengan servis Google Mobile Services sudah mula tular. Terkini, terdapat sumber menyatakan bahawa peranti HONOR V40 sah bakal hadir dengan servis GMS.

Menurut sumber, peranti yang didakwa sebagai HONOR V40 bakal dilancar di luar pasaran China. Peranti tersebut terdahulu dikesan memperoleh kelulusan dari European Economic Community (EEC). Ini bermakna pelancarannya di luar negara China atau di peringkat global sudah semakin hampir.

Lebih menarik, HONOR V40 menyokong servis Google dan dilengkapi aplikasi tertentu seperti Google Play Store. Perkhidmatan Google adalah penting untuk pengguna di peringkat global khususnya luar pasaran China kerana pengguna amat bergantung kepada servis Google.

HONOR V40 versi global dilapor bakal memiliki spesifikasi sama dengan HONOR V40 yang sudah dilancar di China. Berikut adalah spesifikasi HONOR V40 yang telah memasuki pasaran China.

Apa pun, kita perlu menunggu tarikh rasmi pelancarannya di Eropah atau di peringkat global. Beritahu kami pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version