Site icon TechNave BM

HONOR ViewPad 6 diumumkan: Tablet 5G pertama HONOR dengan Kirin 985 5G dan bateri 7250 mAh

Melalui konferens Smart Life yang dianjurkan oleh HONOR, jenama tersebut mengumumkan beberapa produk termasuklah tablet HONOR ViewPad 6. Selepas HUAWEI MatePad Pro 5G, HONOR ViewPad 6 merupakan tablet 5G pertama yang menampilkan sambungan 5G dan WiFi 6.

Tablet ini dioperasikan cipset HiSilicon Kirin 985 5G dengan sokongan WiFi 6+ bersama teknologi jalur lebar dinamik. Kelajuan muat turunnya dikatakan berprestasi! HONOR ViewPad 6 dihuni paparan 10.4 inci beresolusi 2K dan bateri besar 7250mAh bersama sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Antara ciri teknologi lain adalah efek bunyi 3D Histen 6.1 dengan empat pembesar suara amplitud besar. Kehadiran stilus Magic Pencil dan papan kekunci mekanikal Bluetooth merupakan satu ciri yang mampu menambah ciri produktiviti tablet ini. Berkenaan kamera, ia bakal dihuni sensor 13MP untuk kamera utama dan 8MP untuk kamera hadapan.

HONOR ViewPad 6 boleh didapati dalam pilihan warna Wizard of OZ, Titanium Sky Silver dan Magic Night Black. Walau bagaimanapun, harganya bakal diumumkan kemudian.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version