Site icon TechNave BM

HONOR Watch 4 dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 1.75″, bateri 14 hari berharga RM499

Selain melancarkan HONOR X9b, HONOR Malaysia turut melancarkan seutas jam tangan pintar baharu iaitu HONOR Watch 4. Ia dilengkapi pelbagai fungsi canggih untuk bantu pengguna menjaga kesihatan mereka sambil dijual pada harga yang mampu milik.

HONOR Watch 4 mempunyai skrin AMOLED yang berukuran 1.75 inci dengan resolusi 450×390, kepadatan piksel 340 piksel per inci dan kadar segar semula 60Hz. Ini adalah spesifikasi skrin yang agak menarik untuk jam tangan pintar dan boleh meningkatkan kualiti imej yang dipaparkan.

Baterinya berkapasiti 451mAh yang boleh bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan asas. Ia turut mempunyai storan 4GB, pembesar suara, mikrofon untuk membuat panggilan telefon, hubungan Bluetooth 5.2 LE, pengemudian GPS dan rating kalis air 5ATM.

Ia boleh dihubungkan dengan telefon yang menggunakan sistem operasi Android 9.0, iOS 11 atau lebih tinggi.

Tanpa tali jam, Watch 4 mempunyai berat 32 gram, berukuran 45.3 x 39.1 x 11.2mm dan dibuat dengan rangka aloi aluminium untuk rekaan yang tahan lasak. Tali jamnya pula dibuat dengan silikon getah yang boleh diganti dan ditawarkan dalam warna emas atau hitam.

HONOR Watch 4 akan dijual di Malaysia pada harga RM499 dan boleh dibeli bermula 10 November 2023. Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai peranti boleh pakai ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version