Site icon TechNave BM

HONOR Watch 5 dan Earbuds Open dilancar di Malaysia, harga bermula RM599

Selain tablet dan komputer riba, HONOR Malaysia hari ini turut melancarkan dua buah peranti boleh pakai baharu iaitu jam tangan pintar HONOR Watch 5 dan fon telinga wayarles gaya terbuka (open-ear) HONOR Earbuds Open.

Ini merupakan sebahagian daripada rangkaian produk HONOR Alpha Plan yang menyediakan produk untuk setiap situasi harian dan dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

HONOR Watch 5

Jam tangan pintar ini dilengkapi pelbagai teknologi canggih untuk bantu anda amalkan gaya hidup sihat dan menjejak pelbagai jenis sukan. Ia mempunyai AccuTrack Positioning Technology dengan ketepatan GPS tinggi untuk menjejak sukan seperti larian dan banyak lagi.

Selain itu, One-Click Health Scan menyediakan laporan lengkap mengenai kesihatan anda dengan satu klik sahaja pada jam ini. Ia menilai kesihatan anda dengan menganalisis pelbagai metrik seperti kadar denyutan jantung, tahap oksigen darah, kualiti tidur dan tahap stres. Analisa ini mengambil masa sekitar satu minit sahaja.

Ia mempunyai bateri 480mAh yang boleh bertahan sehingga 15 hari. Untuk rekaan luaran, ia mempunyai tali jam silikon berwarna hitam atau putih, serta tali jam kulit berwarna hijau.

HONOR Watch 5 akan dijual di Malaysia pada harga RM599 untuk tali silikon manakala RM649 untuk tali yang diperbuat daripada kulit. Kepada yang berminat, anda boleh membelinya di HONOR Store, semua pengedar sah HONOR Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

HONOR Earbuds Open

Fon telinga wayarles ini bukan sahaja boleh memainkan muzik dan menjawab panggilan telefon, malah membantu anda berkomunikasi dengan orang yang bertutur dalam bahasa yang berbeza.

Ia mempunyai fungsi AI Live Translation yang boleh menterjemah 15 bahasa, termasuklah bahasa Cina, Arab, Perancis, Sepanyol, Melayu, Jepun dan Korea. Ini pastinya sangat membantu sewaktu anda mengembara ke negara-negara luar dan berkomunikasi dengan masyarakat tempatan.

Untuk fungsi penterjemahan, ia menawarkan tiga mod seperti yang berikut:

HONOR Earbuds Open akan dijual di Malaysia pada harga RM699. Kepada yang berminat, anda boleh membelinya di HONOR Store, semua pengedar sah HONOR Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version