Site icon TechNave BM

HONOR Watch GS 3 dilancar: Miliki paparan AMOLED 1.43″, kalis air 5ATM dan bateri 451mAh bermula ~RM987

HONOR telahpun melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu HONOR Magic V bersama-sama dengan jam tangan pintar dengan nama HONOR Watch GS 3. Berikut merupakan spesifikasi teknologi jam tangan pintar dan prapesanan sudahpun bermula di China.

Watch GS 3 hadir dalam warna perak, emas dan hitam dengan tali pergelangan tangan yang berbeza. Ia menampilkan paparan AMOLED kaca melengkung 3D  1.43 inci dengan badan keluli tahan karat dan modul PPG 8 saluran dengan 97% ketepatan minimum untuk menjejaki kadar denyutan jantung dan penjejakan oksigen darah sepanjang hari serta sewaktu tidur. 

Selain itu, ia menggunakan kedudukan dwi-frekuensi dengan sokongan untuk lima buruj satelit utama sebanyak 167% ditambah baikan berbanding MagicWatch 2. Ia memberikan anda 100 mod sukan, kalis air 5ATM dan bateri 451mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari atau 30 jam penjejakan GPS yang berterusan.

 Jam tangan pintar menggunakan banyak aplikasi pramuat turun seperti penggera atau masa, butang pengatup kamera malah pengguna boleh membuat turun aplikasi lain. Varian kulit berharga CNY1500 (~RM987) manakala CNY1300 (~RM855) untuk model Racing Pioneer (hitam).

Kami masih menunggu berita seterusnya daripada HONOR mengenai kehadiran peranti ini di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version