Menurut sebuah maklumat di Weibo, HONOR sedang bersiap-sedia untuk mengumumkan telefon pintar terbaru dalam siri HONOR X, HONOR X10, pada 18-19 Mei bersama produk-produk lain.
Selain HONOR X10, Huawei juga dikhabarkan akan mengumumkan komputer riba HONOR MagicBook baru dengan pemproses yang lebih dikemas kini seperti Ryzen 5 4500U dan Ryzen 7 4700U. Selain komputer riba, HONOR juga mungkin akan mengumumkan router, televisyen pintar dan meja pintar baru.
HONOR X10 mempunyai nama yang berlainan dengan model HONOR X sebelum ini, di mana nombornya berada selepas huruf X. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan sebuah telefon Redmi yang mempunyai nama sama. Apabila ia dilancarkan, HONOR X10 dijangkakan bakal menjadi peranti 5G termurah daripada Huawei.
Beritahu kami di Facebook jika anda merancanga untuk mendapatkan HONOR X10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina

