Site icon TechNave BM

HONOR X10 dilancarkan dengan Kirin 820 dan skrin FHD+ 90Hz, harga bermula ~RM1163

HONOR secara rasminya mendedahkan HONOR X10 di China yang dilengkapi cipset Kirin 820 dan kadar segar semula 90Hz. Berkenaan harga, peranti ini bermula dengan RMB1899 (~RM1163) untuk varian 6GB + 64GB, manakala varian 6GB + 128GB dan 8GB + 128GB masing-masing berharga RMB2199 (~RM1347) dan RMB2399 (~RM1470).

Dari segi aspek spesifikasi teknologi, peranti HONOR X10 terbaru ini dihuni cipset dan memori seperti yang dinyatakan di atas. Ia juga hadir dengan paparan HFD+ 6.63-inci 90Hz dan bateri 4300mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 22.5W. Tetapan kamera utamanya dihuni lensa 40MP + 8MP + 2MP dan kamera selfie pop-up 16MP.

Berkenaan ciri teknologinya, peranti ini hadir dengan sistem penyejukan grafen yang memperbaiki pelesapan haba dengan membantu menyejukkan ketika sesi gaming yang intensif. Tambahan pula, skrin peranti menampilkan kadar sentuhan 180Hz yang membuatkannya lebih responsif kepada input pengguna.

tetapan kameranya ahdir dengan Super Night Mode yang dinaik taraf, dengan kehadiran AIS untuk mengurangkan getaran kamera semasa mengambil gambar dengan exposure panjang. Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan HONOR X10 sekiranya ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version