Site icon TechNave BM

HONOR X10 Max 5G melepasi ujian penanda aras GeekBench, menyerupai prestasi telefon Snapdragon 765G

honor_x10_max_announcement

Varian terbaru dalam siri HONOR X10, HONOR X10 Max 5G, bakal diumumkan pada bulan Julai dan kini telefon pintar bersaiz besar itu sudah pun disenaraikan dalam GeekBench.

Ujian penanda aras itu menunjukkan keupayaan cipset Dimensity 800 yang terdapat dalam telefon tersebut. Dengan 539 mata dalam ujian teras tunggal, HONOR X10 Max 5G adalah lebih rendah sedikit berbandang telefon yang dilengkapi Snapdragon 765G yang meraih 586 mata dan Exynos 980 pada 677 mata. Namun daripada segi prestasi multi-teras, markahnya yang mendapat 2186 adalah lebih tinggi berbanding cipset-cipset yang disebutkan tadi.

Ujian penanda aras HONOR X10 Max 5G dalam GeekBench.

HONOR X10 Max 5G bakal dilengkapi skrin yang terbesar dalam siri HONOR X10, dengan skrin 7.09 inci serta berat 226g yang hampir sama dengan iPhone 11 Pro Max. Dengan saiz yang besar itu, ia turut dilengkapi bateri yang besar iaitu dengan kapasiti 5,000mAh.

Ia bakal dilancarkan pada 2 Julai. Kongsi pendapat anda tentang peranti HONOR ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version