Site icon TechNave BM

HONOR X10 Max dan HONOR 30 Youth Edition dilancarkan: Skrin 7.09 inci + 5000mAh bermula ~RM1,145

Terkini, HONOR telah menambah ahli keluarga baru siri HONOR X10, HONOR X10 Max dengan beberapa perbezaan spesifikasi menonjol berbanding model dalam siri yang sama. Dalam waktu yang sama, HONOR 30 Youth Edition turut dilancarkan. Seperti siri HONOR X10, HONOR X10 Max dan HONOR 30 Youth Edition setakat ini hanya dilancarkan di pasaran China.

Antara spesifikasi menonjol yang ada pada HONOR X10 Max adalah skrin besar berukuran 7.09 inci! Turut hadir adalah kapasiti bateri besar 5000mAh bersama pengecasan pantas 22.5W dengan janaan cipset 5G baru dari MediaTek, Dimensity 800. Anda boleh menyemak spesifikasi lanjut di pautan ini (bakal dikemas kini).

HONOR 30 Youth Edition

HONOR 30 Youth Edition pula dilancarkan dengan pilihan warna yang mampu menarik perhatian golongan berjiwa muda seperti pilihan warna Summer Rainbow, Magic Mirror Silver, Wizard of Oz dan Magic Night Black.

Antara spesifikasinya yang menarik adalah lensa selfie yang menyokong ciri Super Night Scene, Gesture Selfie dan Smiley Selfie. Turut hadir adalah skrin 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Untuk pengetahuan anda, harga HONOR X10 max dan HONOR 30 Youth Edition adalah seperti di bawah. Perlu diingatkan bahawa harga dalam Ringgit Malaysia (RM) adalah berdasarkan tukaran nilai mata wang Yuan di pasaran China.

Harga HONOR 30 Youth Edition

Harga HONOR X10 Max

Apa pun, setakat ini kami masih ketiadaan maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Adakah anda bakal mendapatkannya jika ia hadir di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version