Site icon TechNave BM

HONOR X10 Max dengan Dimensity 800 5G, bateri 5000mAh, skrin 7.09 inci bakal hadir 2 Julai ini

honor_x10_max_announcement

Terdahulu, HONOR telah melancarkan HONOR X10 di pasaran China dengan penawaran harga dan spesifikasi yang baik. HONOR kini dilaporkan bakal melancarkan HONOR X10 Max pada tarikh 2 Julai 2020.

Tarikh pelancaran ini diketahui melalui pihak HONOR sendiri yang mengongsikannya melalui laman Weibo. Berdasarkan perkongsian tersebut, HONOR X10 Max dilihat bakal dihuni paparan bertakuk. Berkemungkinan, paparan berukuran 7.09 inci adalah skrin IPS LCD Full HD+.

Maklumat ini kemudian disusuli dengan maklumat pendedahan spesifikasi oleh beberapa buah akaun seperti ukuran 174.46 x 84.91 x 8.3mm dengan berat 227 gram. Sepintas lalu, HONOR X10 Mac juga dikhabarkan bakal dihuni cipset MediaTek 5G berpatutan, Dimensity 800 dan kamera utama 48MP.

HONOR X10

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran teelfon pintar terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version