Site icon TechNave BM

HONOR X10 mungkin dilengkapi kamera selfie ‘pop-up’

Jika sebelum ini HONOR mengesahkan bahawa telefon seterusnya dalam siri HONOR X akan dinamakan HONOR X10, kini terdapat berita bahawa telefon itu akan dilengkapi kamera selfie pop-up, seperti yang ditunjukkan oleh gambar daripada TENAA (Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency) China.

Menurut gambar sebuah casing HONOR X10, lubang besar yang terdapat pada bahagian atas mungkin memberi ruang untuk sebuah kamera selfie pop-up, bicu audio 3.5mm dan mikrofon. Selain itu, penyenaraian TENAA juga menunjukkan HONOR X10 berukuran 163.7 x 76.55 x 8.8mm dan dilengkapi paparan IPS LCD berukuran 6.63 inci dengan resolusi Full HD+.

Gambar casing tersebut juga menunjukkan ruang untuk pengimbas cap jari yang berada di bahagian sisi HONOR X10. Manakala untuk kamera pula, terdapat lubang yang menandakan telefon pintar tersebut akan dilengkapi tiga kamera dan satu lampu kilat (flash) LED.

Beritahu kami di Facebook jika HONOR X10 berada dalam perhatian anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version