Site icon TechNave BM

HONOR X20 bakal dilancarkan 12 Ogos, reka bentuk dan spesifikasi disahkan

Selepas memperkenalkan HONOR X20 SE pada Jun lalu, HONOR kini bakal melancarkan sebuah lagi telefon pintar baharu iaitu HONOR X20 pada 12 Ogos nanti. Selain mengumumkan tarikh acara rasmi pelancaran, HONOR juga menyiarkan gambar di Weibo yang mengesahkan reka bentuk X20.

Telefon pintar ini memiliki tiga kamera dengan kamera utama menggunakan 64MP di belakang dan kamera swafoto berbentuk pil di sudut kiri atas bahagian depan skrin. X20 akan hadir dalam dua warna dan mempunyai pembaca imbasan cap jari di bahagian bingkai kanan bersebelahan butang kawalan suara.

Skrin paparannya pula mungkin menggunakan panel LCD. Tetapi jika dilihat model sebelumnya yang mempunyai bentuk mirip seperti X20, model tersebut telah menggunakan panel skrin AMOLED. Kita harus menunggu lebih banyak maklumat untuk memastikan sama ada X20 akan disertakan dengan panel AMOLED atau LCD.

HONOR juga tidak mendedahkan ukuran atau resolusi skrin, tetapi mengesahkan bahawa paparan X20 mempunyai kadar penyegaran 120Hz. X20 juga didatangkan dengan sambungan 5G, pengecasan 66W dan cip 6nm.

Berbaki lagi seminggu sebelum pelancaran, kami mengharapkan Honor untuk mendedahkan beberapa lagi ciri X20 menjelang pengumumannya.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version