Site icon TechNave BM

HONOR X20 Max mungkin akan dilengkapi paparan RGBW 7.2 inci dan bateri 6,000mAh

Kebelakangan ini, saiz skrin telefon pintar menjadi semakin besar apabila lebih banyak telefon mempunyai saiz skrin di antara 6.5 hingga 7 inci. HONOR juga telah mengikut trend yang sama, dengan melancarkan HONOR X10 Max 5G yang mempunyai skrin sebesar 7.09 inci dan mendapat gelaran “raja phablet.”

Kini HONOR mungkin akan meneruskan legasi skrin tersebut dengan HONOR X20 Max 5G yang dilengkapi skrin RGBW berukuran 7.2 inci. Dengan bentuk yang besar, telefon itu dilaporkan akan turut dilengkapi bateri berkapasiti tinggi iaitu 6,000mAh.

Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuklah cipset MediaTek Dimensity 1100 dengan kelajuan clock 2.6GHz, RAM 8GB, storan 128GB, pengecasan pantas 22.5W, kadar segar semula 120Hz dan pembesar suara stereo. Untuk kamera pula, ia dijangka akan dilengkapi tiga kamera iaitu lebih banyak berbanding dua kamera dalam HONOR X10 Max 5G.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version