Site icon TechNave BM

HONOR X30 bakal dilancar 16 Disember ini

HONOR melancarkan siri X30 pada akhir Oktober dengan X30i dan X30 Max. Siri X30 akan disertai oleh varian standard kerana HONOR menjadualkan pelancaran untuk HONOR X30 pada 16 Disember ini.

Siri X merupakan salah satu jualan terbaik di dalam pasaran HONOR. Siri ini memecahkan rekod selama lapan tahun. Sebelum ini, terdapat sedikit penurunan kepada Siri X20 yang mana terdapat isu perpisahan HONOR daripada HUAWEI.

Kami belum mempunyai sebarang spesifikasi mengenai Honor X30 tetapi kami menjangkakan beberapa ketirisan maklumat daripada syarikat itu dalam masa terdekat sebelum menjelang acara pelancarannya.

Sesetengah laporan mengatakan bahawa ianya akan dilengkapi cipset Snapdragon 695 5G, LCD dengan kadar penyegaran 120Hz dan reka bentuk kamera bulat seperti siri Magic3.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version