Site icon TechNave BM

HONOR X30 bakal dilengkapi Snapdragon 695 5G, cas pantas 66W

Telefon pintar kelas pertengahan HONOR X30 bakal dilancar pada 16 Disember 2021 di China dan kini HONOR telah pun berkongsi beberapa poster bagi mengiklankan peranti tersebut. HONOR mengatakan telefon ini bakal mempunyai reka bentuk bergaya dan spesifikasi mantap untuk telefon pertengahan.

HONOR X30 akan menjadi telefon pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 695 5G iaitu cipset kelas pertengahan baharu yang dilancar pada bulan Oktober lalu. Ia dibuat dengan proses nod 6nm dan mempunyai GPU Adreno 619, membuatkan prestasi grafiknya meningkat sebanyak 30% berbanding Snapdragon 690.

Ia turut menyokong gelombang mmWave dan rangkaian 5G versi sub-6GHz untuk kelajuan internet yang lebih pantas dalam telefon pertengahan.

Telefon ini akan dilengkapi tiga kamera 48MP+2MP+2MP dan mempunyai pemproses signal imej (ISP) Qualcomm Spectra 346T Triple ISP. Spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk HONOR X30 termasuklah bateri besar 5,000mAh serta pengecasan pantas 66W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version