Site icon TechNave BM

HONOR X30 dilancar: Miliki cipset Snapdragon 695 dan bateri 4,800mAh bermula ~RM991

Hari ini, HONOR X30 telah dilancarkan dalam warna Magic Night Black, Charm Sea Blue, Morning Dawn Gold dan Titanium Air Silver di China. Spesifikasi melalui pendedahan sebelum ini nampaknya agak tepat dengan reka bentuknya yang nampak premium walaupun ia merupakan peranti peringkat pertengahan.

Modul kamera peranti agak serupa dengan reka bentuk telefon HUAWEI sebelum ini. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 695 dengan tambahan RAM maya 2GB. Bahagian tri-kamera belakang berbentuk cincin terdiri daripada kamera utama 48MP, kedalaman 2MP dan makro 2MP. 

Selain itu, bateri yang digunakan berkapasiti 4,800mAh yang menyokong pengecasan super-pantas 66W. HONOR menyatakan bahawa ia hanya mengambil masa 43 minit untuk cas sepenuhnya.

Berikut merupakan empat model berdasarkan varian memori yang membawa empat harga berbeza:

Kehadiran HONOR X30 di Malaysia masih tidak diketahui. Sementara itu, komen diFacebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEn

Exit mobile version