Site icon TechNave BM

HONOR X30 Max dan model siri HONOR Play5 mungkin dilancar kelak, dilengkapi Dimensity 1100

HONOR dikatakan sedang merancang keluaran telefon pintar tidak lama lagi. Terdapat pendedahan mengatakakan tiga telefon iaitu HONOR X30 Max dan model siri HONOR Play5.

Menurut @WHYLAB, telefon-telefon tersebut merupakan HONOR X30 Max, HONOR X30i dan HONOR Play5 Vitality Edition atau HONOR Play5 Lite.

Pada minggu lepas, HONOR X30 Max telah dilihat bakal menggantikan keluaran HONOR X20 Max. Ia mempunyai skrin 7 inci, menyokong pegecasan pantas 22.5W, pemproses Dimensity 11000 dan bateri 6,000mAh. 

HONOR X30i dan HONOR Play5 Vitality Edition menyokong rangkaian 5G. HONOR X30i akan hadir dengan RAM 8GB dan storan 128GB manakala HONOR Play5 Vitality Edition bakal hadir dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Kami masih menunggu maklumat yang lebih terperinci mengenai telefon ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version