Site icon TechNave BM

HONOR X30 Max dan X30i bakal dilancar 28 Oktober 2021, mungkin dilengkapi Dimensity 900

HONOR akan melancarkan telefon pintar mesra poket baharu iaitu Play 5 Vitality pada hari Isnin nanti. Selang empat hari kemudian, syarikat itu akan melancarkan dua buah lagi peranti baharu iaitu HONOR X30 Max dan HONOR X30i. Reka bentuk kedua-dua peranti ini didedahkan oleh HONOR menerusi laman sosial Weibo ketika mengesahkan pelancarannya pada 28 Oktober ini.

Telefon ini akan dilancarkan tepat pada masanya kerana kedatangan musim percutian besar-besaran di China iaitu pada 11 November. Hari tersebut lebih dikenali sebagai Hari Bujang (Single’s Day) kerana tarikhnya 11.11.

HONOR X30i telah tertiris di internet sebelum ini dan kami mengharapkan ianya dilengkapi cipset Dimensity 810, skrin LCD 6.7 inci dengan resolusi Full HD+ dan bateri berkapasiti 4,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W.

HONOR X30 Max kelihatan mirip seperti HONOR X10 Max. Terdapat persoalan bahawa adakah HONOR memperkenalkan semula telefon yang sama dengan dua kamera dan cipset yang telah dkemas kini.

Peranti baru ini dilaporkan hadir dengan skrin Full HD+ 7.09 inci, cipset Dimensity 900 dan storan dalaman sehingga 256 GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version