Pengumuman rasmi dalam Persidangan Pelancaran Produk Baru HONOR Autumn akan diadakan pada pukul 19:30 bertarikh 15 September ini dengan memperkenalkan HONOR X40, HONOR Notebook V dan produk baharu siri X, HONOR Tablet X8. Hari ini, HONOR secara rasmi telah mendedahkan telefon sebenar HONOR X40.
HONOR X40 menggunakan modul kanta cincin belakang dengan dua kamera belakang. HONOR X40 akan dilengkapi dengan bateri 5,100mAh. Tiada lubang untuk pembesar suara di bahagian atas dan mungkin tidak akan dilengkapi dengan pembesar suara dwi stereo.
Daripada segi skrin, ia akan menggunakan skrin melengkung OLED berbilion warna, skrin direka dengan satu lubang di tengah dan darjah kelengkungan adalah besar. Siri HONOR X40 menggunakan skrin melengkung fleksibel OLED, kecerahan puncak 800 nits dan menyokong 100% gamut warna P3.
Skrin HONOR X40 mungkin serupa dengan HONOR 60 iaitu skrin memiliki lubang tebuk OLED dengan PWM frekuensi tinggi 1920hz . Telefon HONOR X40 menggunakan skrin melengkung OLED manakala telefon HONOR X40 Max akan menggunakan skrin LCD rata.
Sebelum ini, HONOR X40 Max didedah menyokong pengecasan pantas berwayar 40W dan mempunyai dua kamera belakang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: ITHome

