Site icon TechNave BM

HONOR X40i dilancar: Cipset Dimensity 700, RAM 12GB dan kamera 50MP bermula ~RM1,054

Telefon pintar HONOR X40i telah dilancarkan di China menampilkan reka bentuk nipis berukuran 7.43mm, sokongan pengecasan pantas 40W dan dwi-kamera belakang 50MP. Berikut merupakan butiran bagi spesifikasi, ciri dan harga peranti.

HONOR X40i membawa berat 175 gram dengan reka bentuk tepi rata dan paparan lubang tebuk (punch-hole) LCD LTPS 6.7 inci. Ia menyokong resolusi FullHD+ 1080 x 2388 piksel serta nisbah skrin kepada badan 93.6%.

Ia dilengkapi oleh cipset Dimensity 700, RAM sehingga 12GB, tambahan RAM maya 5GB, storan sehingga 256GB dan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W. Ia menggunakan Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12.0, menyediakan pengimbas cap jari di bahagian sisi dan pengimbas muka AI.

Di bahagian belakang peranti terdapat dua cincin kamera yang bersilang antara satu sama lain yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan apertur f/1.8, sensor swafoto 2MP dan denyar LED di tengah. Di bahagian hadapannya pula membawa kamera hadapan 8MP.

Peranti ini dilengkapi dengan ciri lain seperti dwi-SIM, 5G, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1, GPS dan port USB-C. Ia hadir dalam tiga varian iaitu 8GB + 128GB untuk 1,599 Yuan (~RM1,054), 8GB + 256GB untuk 1,799 Yuan (~RM1,185), dan 12GB + 256GB untuk 1,999 Yuan (~RM1,317)

Terdapat pilihan warna merah jambu, perak, hijau dan hitam. Kami masih tidak pasti akan keberadaan peranti ini di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version