Site icon TechNave BM

HONOR X50 akan dilancar pada 5 Julai 2023, bakal dilengkapi kamera 108MP

HONOR mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pintar HONOR X50 di China pada 5 Julai 2023 jam 7:30 malam. Perkara tersebut disahkan dalam sebuah poster di Weibo yang turut menunjukkan rekaan belakang telefon tersebut.

Poster itu menunjukkan bonggol kamera berbentuk bulat dengan warna hitam di belakangnya, serupa seperti HONOR X40 sebelum ini. Ia menempatkan kamera utama 108MP dengan saiz sensor 1/1.67 inci dan nilai apertur f/1.75.

Sebelum ini sebuah telefon HONOR telah mendapat pengiktirafan TENAA dari China dengan nombor model HONOR ALI-AN00 dan ia dipercayai adalah HONOR X50. Menurut pengiktrafan itu, ia bakal dilengkapi skrin AMOLED 6.78 inci, cipset Snapdragon 6 Gen 1, RAM 16GB, storan 512GB dan bateri 5,700mAh.

Ia turut mendapatkan pengiktirafan 3C yang menyenaraikan pengecasan pantas 35W sebagai salah satu spesifikasinya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version