Site icon TechNave BM

HONOR X50 GT akan dilancar pada 4 Januari 2024, dilengkapi kamera 108MP

HONOR akan melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR X50 GT pada hari Khamis, 4 Januari 2024 jam 7:30 malam di China (sama waktu dengan Malaysia). Syarikat teknologi itu telah memuat naik beberapa poster yang menunjukkan rekaan telefon tersebut dalam platform media sosial Weibo.

Ia mempunyai rekaan yang serupa dengan HONOR X50, namun HONOR X50 GT mempunyai jalur menegak berwarna kuning di bahagian tengah. Ia akan ditawarkan dalam dua warna iaitu putih dan hitam.

Kenyataan daripada Harrison Zhang tentang ciri baharu pada HONOR X50 GT

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) HONOR, Harrison Zhang, berkata siri GT ini akan mengejar prestasi keseluruhan yang tinggi dengan menawarkan pelesapan haba yang lebih cekap, skrin yang lebih responsif dan prestasi yang lebih pantas.

Satu ciri menarik tentang telefon ini adalah ia bakal mempunyai kamera dengan sensor 108MP berukuran 1/1.67 inci dan lensa f/1.75, manakala spesifikasi lain masih belum didedahkan. Telefon ini merupakan varian terbaru kepada HONOR X50 asal yang dilancar pada bulan Julai lalu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version