Telefon lipat pertama HONOR, Magic V mula dilancarkan pada Januari 2022 dan ini diikuti dengan HONOR Magic Vs pada bulan November dalam tahun yang sama. Kini, khabar angin mengatakan HONOR Magic V2 akan diperkenalkan pada 12 Julai ini, tiga minggu dari sekarang.
Ia membawa dua varian cipset iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dan 8 Gen 2 dengan RAM 16GB dan storan 512GB. Perubahan lain yang dikhabarkan adalah resolusi pada kamera utama kepada 108MP dan pengecasan wayarles 50W kepada bateri 5,000mAh.
Paparan utamanya dijangka akan dinaik taraf kepada panel LTPO dengan kadar penyegaran semula yang lebih tinggi berbanding 90Hz dan dengan peredupan PWM frekuensi tinggi.
Selain itu, Stesen Sembang Digital juga menyiarkan butiran mengenai HONOR X50 yang dijangka membuat kemunculan di China pada 5 Julai ini dengan cipset Snapdragon 6 Gen 1, RAM 16GB dan storan 512GB. Paparan akan menjadi paparan AMOLED 6.78 inci yang lebih besar berbanding model sebelum ini dan resolusinya akan dinaikkan daripada 1080p kepada 1220p untuk mengimbangi ketumpatan piksel.
Selain itu, X50 dikatakan mempunyai kamera utama 108MP, sensor 2MP di bahagian belakang manakala bahagian hadapannya membawa dwi-kamera. Telefon ini akan mempunyai bateri 5,800mAh dengan pengecasan 35W. Bukan itu sahaja, tablet MagicPad dijadualkan untuk dilancarkan kemudian manakala siri andalan HONOR Magic6 ditetapkan untuk tiba pada suku pertama 2024.
Nampaknya, HONOR akan sentiasa mengeluarkan peranti yang semakin baik mengikut jenis keperluan pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Playfuldroid

