Site icon TechNave BM

HONOR X50i dilancar: Skrin 6.7″ 90Hz, kamera 100MP, cas pantas 32W bermula ~RM900

HONOR telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru di China iaitu HONOR X50i. Antara ciri menarik pada telefon ini termasuklah skrin besar dengan kadar pantas serta kamera 100MP.

Telefon ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 6020, RAM 8GB/12GB dan storan dalaman 256GB. RAM boleh dibesarkan secara maya sehingga 7GB lagi, manakala storan dalaman boleh dibesarkan dengan kad memori microSD.

Skrinnya menggunakan panel LTPS LCD berukuran 6.7 inci dengan resolusi FullHD+ (1080×2388), nisbah aspek 19.9:9 dan kadar segar semula 90Hz. Baterinya pula berkapasiti 4,500mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 35W.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 100MP f/1.8 yang boleh zum digital sehingga 10x. dan sensor kedalaman 2MP f/2.4. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto dalam lubang tebuk 8MP f/2.0.

Telefon ini menyokong hubungan 5G, 4G LTE, Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac dan Bluetooth 5, serta pengemudian GPS, AGPS, Beidou dan Glonass. Ia mempunyai port USB-C dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

Pilihan warnanya terdiri daripada hitam, biru dan merah. HONOR X50i akan dijual pada harga bermula CNY1,399 (~RM900) untuk varian 8GB+256GB, namun setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang produk ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HONOR China

Exit mobile version