Selain mengumumkan HONOR X9c Smart 5G, HONOR Malaysia hari ini mendedahkan bahawa telefon pintar peringkat permulaan baharu HONOR X5b Plus akan dilancarkan dalam pasaran tempatan pada 11 Disember ini.
HONOR juga mendedahkan spesifikasi utama peranti dengan cipset MediaTek G36 yang dipasangkan bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Baterinya berkapasiti 5200mAh dengan ketahanan bateri selama 4 tahun.
Skrinnya menggunakan paparan FullView 90Hz 6.56 inci dengan takuk titisan air manakala kamera belakang ialah kamera dwi AI 50MP. HONOR Malaysia juga disebut-sebut sebagai telefon pintar peringkat permulaan mampu milik yang boleh memberikan nilai luar biasa walaupun harga yang tepat belum didedahkan.
Nantikan 11 Disember 2024 untuk mengetahui spesifikasi serta harga HONOR X5b Plus. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

