Site icon TechNave BM

HONOR X6 dilancar di Malaysia: Tri-kamera 50MP, skrin 6.5″, bateri 5,000mAh berharga RM599

Pada hari ini, HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaharu iaitu HONOR X6. Telefon ini dilengkapi spesifikasi lengkap untuk kegunaan harian seperti skrin besar, bateri tahan lama dan tiga kamera di belakang.

HONOR X6 ditawarkan dengan pilihan warna perak Titanium Silver atau biru Ocean Blue. Di belakang, ia mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis situasi. Sungguh pun begitu, ketiadaan kamera ultra-lebar mungkin akan mengecewakan sesetengah pelanggan.

Skrinnya berukuran 6.5 inci dengan panel LCD dan resolusi HD, manakala kamera swafoto 10MP pula berada dalam takuk di bahagian atas. Baterinya yang berkapasiti 5,000mAh pasti boleh bertahan lebih daripada sehari, namun ia hanya menyokong pengecasan 10W yang akan memerlukan masa lama untuk mengecas penuh.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR X6:

HONOR X6 akan dijual di Malaysia bermula 7 Oktober 2022 pada harga RM599 sahaja. Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pembeliannya. Jika anda berminat dengan telefon lain dalam siri HONOR X, jangan lupa untuk tonton video kami terlebih dahulu untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X7, HONOR X8 dan HONOR X9.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR X6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version