Site icon TechNave BM

HONOR X7b 5G dilancar: Dimensity 6020, kamera 108MP dan bateri 6,000mAh

Selepas melancarkan HONOR X7b 4G pada Disember tahun lalu, HONOR kini telah mengumumkan versi 5G peranti itu pada laman rasmi globalnya. HONOR X7b 5G menampilkan beberapa spesifikasi yang menarik dalam kelasnya.

X7b 5G dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6020 yang dipasangkan bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Baterinya berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan 35W melalui port USB-C. Skrinnya menggunakan LCD TFT 90Hz 6.8 inci dengan resolusi 2412 x 1080p dan potongan lubang tebuk di bahagian tengah atas menempatkan kamera swafoto 8MP.

Bahagian belakang pula dilengkapi tiga kamera dengan kamera utama 108MP, makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP. Spesifikasi lain termasuk Android 13 melalui MagicOS 7.2, dwi SIM, Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm dan pilihan warna sama ada Crystal Silver, Emerald Green atau Midnight Black.

Hingga kini masih belum ada sebarang harga atau ketersediaan diumumkan lagi. Beritahu kami jika anda berminat dengan telefon ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HONOR

Exit mobile version