Site icon TechNave BM

HONOR X7c dilancar di Malaysia: Bateri 6,000mAh, rekaan tahan lasak, kamera 108MP berharga RM699

Selain melancarkan HONOR X9c 5G hari ini, HONOR Malaysia turut melancarkan satu lagi telefon pintar mampu milik iaitu HONOR X7C 4G. Seperti HONOR X9c 5G, HONOR X7c 4G mempunyai mutu buatan yang sangat tahan lasak, dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh bagi melindunginya dalam situasi harian.

Rekaannya mempunyai Pensijilan Prestasi Premium SGS untuk Rintangan Jatuhan dan Hancur, bermaksud ia boleh tahan impak jatuh yang tinggi ataupun selepas dicampak kuat. Ia turut mempunyai rating kalis air IP64.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR X7c 4G:

Untuk spesifikasi, telefon ini dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 685, storan dalaman 256GB, RAM 8GB + 8GB, bateri besar 6,000mAh dan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 35W. Skrinnya pula berukuran 6.77 inci dengan resolusi 1610×720, kadar segar semula 120Hz serta pancaran cahaya biru rendah yang diiktiraf TUV Rheinland bagi mengurangkan kesakitan mata

HONOR X7c akan dijual di Malaysia pada harga RM699. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version