Site icon TechNave BM

HONOR X8 5G dilancar di Malaysia: SD 480+, RAM 6GB dan kamera 48MP pada RM999

HONOR X8 5G telah tiba di Malaysia secara rasmi membawa harga RM999. Pelanggan yang berminat kini boleh mendapatkan telefon dengan waranti lanjutan 1 tahun bernilai sehingga RM119.

Daripada segi spesifikasi, ia menampilkan panel LCD TFT 6.5 inci dengan nisbah aspek 20:9, dikuasakan oleh cipset Snapdragon 480+, RAM 6GB dengan RAM tambahan 2GB dan storan 128GB. Ia menggunakan sistem pengendalian Magic UI 4.2 berdasarkan Android 11.

Di bahagian belakang pula terdiri daripada kamera utama 48MP diikuti dengan sensor kedalaman dan lensa makro manakala kamera hadapannya adalah 8MP. Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W. Selain sambungan 5G, X8 5G juga menyokong NFC.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati halaman rasmi HONOR X8 5G di sini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version