Site icon TechNave BM

HONOR X9 5G akan dilancar di Malaysia pada 29 Mac 2022

HONOR Malaysia akan melancarkan produk baharu dalam acara “Ready to Go Beyond” pada 29 Mac nanti. Seperti yang dijangkakan oleh peminat dan media, produk baharu tersebut adalah siri HONOR X yang terkenal dengan kualiti dan prestasi andalan bagi peranti peringkat permulaan. 

Malaysia merupakan negara pertama di luar China yang menerima siri HONOR X iaitu HONOR X9, HONOR X8 dan HONOR X7. Menurut maklumat setakat ini, siri HONOR X mempunyai skrin dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan pengecasan super pantas 66W.

Selain siri HONOR X, mereka juga akan melancarkan komputer riba baharu pada 29 Mac nanti. HONOR menyeru peminat siri X, untuk menyertai acara sempena pelancaran siri HONOR X dan berpeluang memenangi HONOR X9.

Anda boleh layari laman web rasmi HONOR  dan Facebook untuk ketahui lebih lanjut mengenai acara pelancaran ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version