Site icon TechNave BM

HONOR X9a 5G dan X7a dilancar di Malaysia: OLED 6.67″, RAM 13GB, cas pantas 40W bermula RM799

Dalam acara pelancaran pertama untuk tahun ini, HONOR Malaysia telah melancarkan dua telefon kelas pertengahan iaitu HONOR X9a 5G dan HONOR X7a. Kedua-dua telefon ini menampilkan spesifikasi yang agak menarik dan reka bentuk yang sangat kukuh.

HONOR X9a 5G

HONOR X9a 5G menampilkan skrin OLED berukuran 6.67 inci yang melengkung di bahagian sisi. Ia menawarkan paparan yang sangat menarik iaitu dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 93% untuk sempadan bezel nipis, gamut warna DCI-P3 100% yang menghasilkan 1.07 bilion warna dan kadar segar semula 120Hz untuk animasi yang lancar.

Untuk RAM, HONOR X9a 5G mempunyai RAM 8GB yang boleh dibesarkan lagi dengan RAM maya sebanyak 5GB, menjadikan RAM keseluruhannya sebanyak 13GB. Storan dalamannya pula berkapasiti 256GB namun tidak boleh dibesarkan dengan kad memori microSD.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR X9a 5G:

HONOR X9a 5G akan mula dijual di Malaysia bermula 6 Januari 2023. Pelanggan awal akan menerima hadiah bernilai RM418 termasuklah HONOR CHOICE Earbuds X3 (bernilai RM249) dan perlindungan skrin retak (bernilai RM169).

HONOR X7a

Walaupun HONOR X7a dijual pada harga yang lebih murah daripada HONOR X9a 5G, ia masih menampikan spesifikasi yang lebih canggih untuk beberapa aspek, seperti skrin yang lebih besar, bateri yang lebih besar dan keberadaan ruang kad memori microSD sehingga 1TB.

HONOR X7a mempunyai skrin 6.74 inci dengan panel LCD, resolusi 1600×720, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.07%, 16.7 juta warna dan kadar segar semula 90Hz.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G37, RAM 4GB atau 6GB dan storan dalaman 128GB. Kapasiti baterinya amat besar iaitu 6,000mAh dan menyokong kadar pengecasan 22.5W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR X7a:

HONOR X7a akan mula dijual di Malaysia bermula 6 Januari 2023. Pelanggan awal akan menerima hadiah bernilai RM168 termasuklah cawan vakum dan waranti lanjutan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kedua-dua peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version