Site icon TechNave BM

HONOR X9b dilancar di Malaysia: Telefon tahan lasak, dilengkapi AMOLED 120Hz, kamera 108MP berharga RM1,499

Pada hari ini, HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu HONOR X9b. Ciri yang paling diketengahkan untuk telefon pintar ini adalah rekaannya yang tahan lasak dan boleh menghadapi sebarang hentakan atau jatuh yang tidak disengajakan.

HONOR X9b dibina dengan teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop yang terdiri daripada tiga lapisan struktur untuk mengukuhkan skrin, serta material baharu yang boleh menyerap impak sebanyak 1.2 kali ganda berbanding telefon sebelum ini.

HONOR berkata ia boleh menahan impak jatuh setinggi 1.5 meter daripada sebarang sudut, lantas membuatkannya telefon pertama yang menerima pengiktirafan 5-star All-angle Drop Resistance Certification daripada SGS Switzerland.

Satu lagi ciri menarik adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 5,800mAh yang boleh bertahan sehingga tiga hari. Daripada pengecasan penuh, HONOR mengatakan ia cukup untuk bermain video selama 19 jam, gaming selama 12 jam dan melayari media sosial selama 22 jam.

Selain itu, HONOR berkata baterinya masih boleh mengekalkan 80 peratus daripada kapasiti asal walaupun selepas mengalami kitaran pengecasan sebanyak seribu kali.

Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1.5K dan gamut warna DCI-P3 100 peratus yang menjanjikan pengalaman tontonan video yang menarik. Ia menawarkan fungsi seperti 1,920Hz PWM Dimming, Low Blue Light, Dynamic Dimming dan Circadian Night Display. Skrin ini juga melengkung di bahagian sisi.

Ia turut dilengkapi kamera utama 108MP yang menawarkan kualiti gambar baik untuk telefon kelas pertengahan. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR X9b:

Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini di laman web HONOR Malaysia. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan fon telinga wayarles HONOR Choice Earbuds X5, jam tangan HONOR Choice MOECEN Band dan perlindungan retak selama 365 hari.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version