Site icon TechNave BM

HONOR X9c 5G akan dilancar di Malaysia pada 5 November 2024, deposit awal serendah RM9

HONOR Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar tahan lasak, HONOR X9c 5G, pada hari Selasa, 5 November 2024 jam 7:00 malam. Seperti telefon-telefon HONOR X sebelum ini, HONOR X9c 5G mempunyai mutu buatan yang sangat tinggi dan membuatkannya antara telefon yang paling kukuh dalam pasaran.

Dalam sebuah acara khas untuk media, TechNave telah diberi peluang untuk menggunakan HONOR X9c 5G dalam situasi-situasi yang amat lasak seperti memukul paku, memecahkan jubin lantai dan menenggelamkannya dalam air panas, namun telefon ini masih kekal berfungsi dan tiada kerosakan pada luarannya.

Setakat ini, spesifikasi yang sudah disahkan untuk HONOR X9c 5G termasuklah bateri berkapasiti 5,800mAh, kamera utama 108MP dengan OIS, pembesar suara stereo yang boleh menghasilkan tahap volume maksimum 300% dan pelbagai fungsi HONOR Magic AI.

Kami menjangkakan HONOR X9c 5G adalah HONOR X60 Pro yang dijenamakan semula untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai telefon tersebut.

Selain itu, HONOR Malaysia juga telah memulakan promosi khas Early Bird Special HONOR X9c 5G. Walaupun harganya masih belum diumumkan, anda boleh meletakkan deposit pada harga RM9 sahaja bagi mendapatkan tempahan awal untuk HONOR X9c 5G.

Deposit RM9 sahaja untuk meletakkan tempahan untuk HONOR X9c 5G

Pelanggan yang membuat deposit awal dan membeli telefon ini apabila ia dilancar nanti akan menerima hadiah premium bernilai RM1,486 yang terdiri daripada:

Selain itu, pelanggan yang membeli telefon dengan Early Bird Special boleh menyertai cabutan bertuah dan 10 pemenang pemenang akan membawa pulang wang tunai RM1,500, manakala 300 pemenang lain akan menerima pembersih HONOR Choice Robot Cleaner R2 (bernilai RM1,299). Pemenang akan diumumkan pada 29 November 2024.

Hadiah untuk setiap pembeli Early Bird Special
Cabutan bertuah untuk pembeli Early Bird Special

Promosi Early Bird Special HONOR X9c 5G ini boleh didapati di HONOR Official Store, laman web HONOR Malaysia, Lazada, Shopee, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version