HONOR terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran telefon pintar dengan memperkenalkan model terbaharu, HONOR X9c Smart. Telefon ini bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 11 Disember 2024, jam 8 malam.
HONOR X9c Smart adalah versi yang lebih mesra bajet daripada HONOR X9c 5G namun tetap menawarkan prestasi yang boleh diharapkan. Direka khusus untuk pengguna yang mahukan gabungan kualiti tinggi dan harga berpatutan, HONOR X9c Smart menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mencari telefon pintar yang praktikal, tahan lama dan berbaloi.
Ciri-Ciri utama HONOR X9c Smart ialah ketahanan untuk jatuh, tenggelam dan calar yang mana ia mewarisi DNA perlindungan tiga kali ganda yang ada pada HONOR X9c 5G. Seterusnya, ia menampilkan reka bentuknya yang praktikal dan bergaya dengan paparan rata serta kemasan belakang diilhamkan oleh tekstur marmar.
HONOR X9c Smart hadir dengan pilihan warna seperti Ocean Cyan dan Moonlight White. Jangan lupa untuk menyaksikan pelancaran rasmi HONOR X9c Smart pada 11 Disember 2024. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR X9c Smart dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

