Site icon TechNave BM

Hotel, restoran di angkasa lepas bakal dibuka pada 2027, mengelilingi bumi 9 jam!

Penjelajahan angkasa lepas belum lagi diteroka sepenuhnya, namun sebuah syarikat telah merancang untuk membina hotel di angkasa lepas. Syarikat Orbital Assembly Corporation (OAC) bakal mula membina hotel angkasa lepas yang diberi nama Voyage pada tahun 2025.

Menurut syarikat tersebut, ia bakal membina hotel ini pada 2025 dan melancarkannya ke angkasa lepas pada tahun 2027. Tambah sumber, stesyen angkasa Voyager Class yang bakal dibina bakal menjadi kemudahan sama ada untuk agensi kebangsaan atau untuk pelancong yang ingin menikmati suasana angkasa lepas.

Hotel Voyage akan berputar untuk menghasilkan graviti buatan dan akan mengelilingi Bumi selama 90 minit sebelum kembali ke Bumi. Syarikat ini tidak mendedahkan kos pembinaan hotel angkasa ini, tetapi menyatakan bahawa kosnya dijangka lebih rendah memandangkan terdapat perkakas terpakai seperti perkakas pada SpaceX Falcon.

Sumber tenaga yang membina Voyage ini adalah terdiri daripada veteran NASA, juruterbang, jurutera dan arkitek.

Sumber: The Gateway Foundation

Apakah jangkaan harga yang perli dibayar untuk percutian berasaskan kemajuan teknologi ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version