Site icon TechNave BM

Hotlink perkenalkan pas Internet Tanpa Had RM25 dan RM55 sebulan

Pada hari ini, Hotlink memperkenalkan pelan baharu yang mampu milik untuk para pelanggan prabayar dan pascabayar iaitu Pas Internet Tanpa Had Hotlink RM25 dan Pas Internet Tanpa Had Hotlink RM55.

Kedua-dua pas boleh digunakan selama 30 hari dan ia menyediakan pelbagai manfaat untuk memudahkan anda menikmati rangkaian 5G pada harga mampu milik. Berikut merupakan manfaat yang disediakan oleh kedua-dua pelan:

Pas InternetKelajuan dan KuotaTempoh
Internet Tanpa Had Hotlink RM25Internet tanpa had 6Mbps
Kelajuan tanpa batas untuk rangkaian 5G (8pm-8am)
Panggilan tanpa had dengan Hotspot
40GB FUP
30 Hari
Internet Tanpa Had Hotlink RM55Kelajuan tanpa batas SEPANJANG HARI
Panggilan tanpa had dengan Hotspot
200GB FUP
Akses percuma Sooka
30 Hari

Hotlink juga memperkenalkan ganjaran eksklusif setiap Ahad melalui aplikasi Hotlink, di mana ia memberi peluang kepada anda untuk menangi hadiah menarik seperti peranti percuma, kredit prabayar percuma, internet percuma dan tawaran makanan & minuman.

Sementara itu, pleanggan prabayar yang menaik taraf ke Hotlink Pascabayar atau pelanggan yang baharu mendaftar dengan Hotlink Pascabayar akan menerima telefon 5G percuma dengan kontrak minimum 12 bulan.

Pelanggan baharu yang mendaftarkan diri secara dalam talian untuk pelan Hotlink Pascabayar terpilih juga akan menerima kredit e-dompet sebanyak RM35 secara percuma. Promosi ini akan berlangsung pada 20 Mei hingga 30 Jun sahaja.

Buat para pelanggan Hotlink Prabayar pula, anda boleh menaik taraf kepada Hotlink Pascabayar melalui aplikasi Hotlink.

Layari laman web Hotlink untuk maklumat lanjut mengenai promosi pelan dan promosi baharu ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version