Site icon TechNave BM

Prabayar Hotlink Pantas baharu dilancar, tempoh sah internet setahun serendah RM2

Hari ini, Maxis akhirnya telah memperkenalkan Prabayar Hotlink Pantas baharu. Bermula daripada serendah RM2, syarikat itu berkata pelan prabayar baharu ini direka untuk memudahkan dan menjimatkan bajet pengguna.

Daripada segi kemudahan, Prabayar Pantas ini mempunyai tempoh sah internet selama setahun dan bukannya sebulan. Dengan ini, pelanggan Hotlink tidak perlu risau tentang terhad kepada pas harian, mingguan atau bulanan. Penggunaan pelan internet tanpa had boleh digunakan untuk kerja, sosial, kandungan atau gaming sehingga 20GB.

Selain itu, pelanggan Hotlink juga boleh menikmati faedah lain yang berkaitan. Ini termasuk menuntut diskaun sehingga 60% setiap hari dengan Hotlink Rewards, ganjaran pulangan tunai RM10 selepas menambah HotlinkMU, kandungan TV Maxis percuma selama 30 hari dan 1 tahun tempoh aktif SIM pada RM30.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Prepaid Pantas, anda boleh melayari halaman rasmi di sini. Jika anda ingin dapatkannya dengan segera, anda boleh ke portal laman di sini atau pergi ke mana-mana Kedai Maxis.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version