Site icon TechNave BM

Hotlink tingkatkan pelan mudah alih, Internet 30GB serendah RM35/bulan

Pelanggan Hotlink Prabayar dan Hotlink Postpaid kini boleh mendapat pelan mudah alih yang dipertingkatkan dengan lebih banyak kuota Internet pada tanpa had kelajuan pada harga berpatutan.

Selain kuota data yang lebih banyak, semua pelanggan boleh menikmati akses percuma ke perlawanan langsung Liga Perdana, diskaun menarik untuk tiket wayang dan tawaran ekslusif rakan kongsi melalui aplikasi Hotlink.

Untuk pelanggan prabayar, Hotlink memperkenalkan pas Hotlink Prepaid Pantas baharu dengan lebih banyak data pada kadar yang lebih rendah, seperti berikut:

Mulai sekarang hingga 31 Mac, pelanggan layak untuk menuntut baucar data berkelajuan tinggi 5 x 20GB melalui aplikasi Hotlink. Setiap baucar boleh ditebus dengan pembelian pas RM35 melalui aplikasi sehingga Disember.

Untuk Hotlink Postpaid, pelanggan pelan Hotlink Postpaid 40 dan Hotlink Postpaid 60 akan menikmati peningkatan data tambahan sebanyak 10GB, panggilan tanpa had dan SMS. Pelanggan Hotlink Postpaid 60 juga akan menikmati diskaun menarik untuk peranti mudah alih baharu termasuk Samsung Galaxy A04 dan HONOR X7A.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan Hotlink yang diperbaharui dan ganjaran ekslusif, anda boleh layari laman web rasmi Hotlink. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version