Site icon TechNave BM

Hotlink umumkan pas 5G percuma sehingga 15 September ini

Berikutan pemeteraian perjanjian akses 5G antara Maxis dan DNB, Maxis secara rasmi melancarkan perkhidmatan 5G kepada penggunanya (termasuk pengguna Hotlink) hari ini. Pada masa yang sama, pengguna Hotlink sedia ada juga boleh menebus pas 5G percuma melalui aplikasi Hotlink Red.

Seterusnya, pelanggan boleh terus menikmati perkhidmatan 5G pada peranti yang mempunyai teknologi 5G. Kaedah penebusan adalah sangat mudah, cuma buka Hotlink Red App dan klik ” Dapatkan 5G “. 

Setelah penebusan berjaya, pengguna boleh menikmati Pas Akses 5G selama 30 hari dan tarikh akhir ialah 15 September 2023. Menjelang 16 September, jika pengguna ingin terus menggunakan perkhidmatan 5G, mereka perlu membayar tambahan RM5 sebulan untuk melanggan pas 5G. Untuk butiran lanjut, sila klik di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version