Site icon TechNave BM

HP Malaysia lancarkan komputer riba “gaming” OMEN 15: RTX 2070 Super, Intel 10th Gen bermula RM4,439

HP Malaysia hari ini telah melancarkan komputer riba gaming terbaru, OMEN 15, di samping perkakasan gaming OMEN yang lain seperti monitor, kerusi, tetikus dan fon kepala. OMEN 15 baru ini dilengkapi GPU NVIDIA GeForce RTX 2070 Super dengan MAX-Q, cipset Intel Core i5 atau i7 generasi ke-10, serta skrin 15.6 inci Full HD yang mempunyai kadar segar semula sehingga 300Hz dan teknologi NVIDIA G-SYNC.

HP mengatakan bateri OMEN 15 mampu bertahan sehingga 12.5 jam untuk penggunaan ringan. Daripada segi penyejukan pula, ia dilengkapi OMEN Tempest Cooling Technology dengan tiga ruang pengudaraan dan lima aliran udara untuk menyejukkan komputer dengan lebih cekap sewaktu sesi gaming.

HP turut melancarkan sebuah lagi komputer riba, Pavilion Gaming 15, yang dilengkapi cipset Intel Core i7, NVIDIA GeForce GTX 1660TI dan skrin Full HD 144Hz.

Turut dilancar hari ini adalah monitor gaming OMEN 27i yang dilengkapi skrin Nano IPS dengan resolusi QHD, kadar segar semula 165Hz, penghasilan warna DCI-P3 98% dan menyokong NVIDIA G-GYNC. Selain itu, tetikus OMEN Vector Mouse menyokong kejituan 16,000 dpi dengan ketepatan (accuracy) 99% dan sensor OMEN Radar 3 manakala fon kepala OMEN Blast Headset pula menyokong saluran audio 7.1.

Berikut adalah senarai harga untuk produk HP OMEN yang baru dilancar hari ini:

ProdukHarga
OMEN 15 LaptopBermula RM4,439, percuma baucar e-dompet bernilai RM100
HP Pavilion Gaming 15 LaptopBermula RM3,989, percuma baucar e-dompet bernilai RM80
OMEN 27i Gaming MonitorRM1,799
OMEN Vector MouseRM189
OMEN Blast HeadsetRM319
OMEN by HP Citadel Gaming ChairRM1,399

Layari laman web HP Malaysia untuk maklumat lanjut tentang produk baru ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version