Site icon TechNave BM

HP Malaysia lancarkan siri komputer “gaming” HP OMEN dengan AMD Ryzen bermula RM3,899

HP Malaysia hari ini telah melancarkan produk terbaru dalam siri OMEN iaitu komputer HP OMEN 25L Desktop PC dan komputer riba HP OMEN 15 Laptop, kedua-duanya dilengkapi cipset AMD Ryzen yang baru.

HP OMEN 15 Laptop menampilkan skrin Full HD 144Hz berukuran 15.6 inci, cipset sehingga AMD Ryzen 4000 H-Series Mobile Processors dan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 2060. Ia turut dilengkapi sistem penyejukan Omen Tempest Cooling untuk mengekalkan haba komputer riba pada paras yang selamat.

HP OMEN 15
HP OMEN 25L Desktop PC

Komputer HP OMEN pula boleh dilengkapi dengan GPU secanggih siri NVIDIA GeForce RTX 30 dan CPU AMD Ryzen 7. Ia dibuat dengan rangka (chassis) besi micro-ATX yang dilengkapi panel kaca di bahagian sisi dan boleh diubahsuai dengan mudah.

HP turut melancarkan perkakas gaming yang baru iaitu tetikus OMEN Vector Essential Mouse yang mempunyai sensor 7,200 dpi dan berat 88g sahaja. Di samping itu, fon kepala OMEN Blast Headset menyokong bunyi persekitaran (surround sound) 7.1 yang boleh memberikan pengawasan 360 darjah sewaktu bermain game.

OMEN 15 Laptop akan dijual pada harga bermula RM3,899, manakala komputer HP OMEN 25L bermula pada RM6,899. Untuk aksesori pula, OMEN Vector Essential Mouse berharga RM159 manakala OMEN Blast Headset berharga RM319.

Layari laman web HP Malaysia untuk maklumat lanjut tentang produk-produk di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version