Site icon TechNave BM

HP memperoleh jenama “gaming” HyperX

Syarikat komputer Hewlett-Packard (HP) telah mengumumkan bahawa mereka akan memperolehi jenama aksesori gaming HyperX dengan harga US$425 juta (~RM1.72 bilion), mengukuhkan lagi reputasi HP dalam industri gaming. Sebelum ini, jenama HyperX dimiliki oleh syarikat memori digital Kingston.

Ini membuatkan HP kini memiliki dua jenama gaming iaitu OMEN dan HyperX. Jenama tersebut terkenal dengan aksesori gaming yang sangat laris di pasaran termasuklah fon kepala HyperX Cloud dan papan kekunci mekanikal HyperX Origins.

Walau bagaimanapun, HP menjelaskan bahawa Kingston masih mengekalkan hak pemilikan untuk DRAM, flash memory dan pemacu SSD yang dihasilkan oleh HyperX. HP juga menyatakan bahawa aplikasi Ngenuity yang digunakan oleh beberapa aksesori HyperX masih akan dikekalkan dan tidak disepadukan dengan perisian OMEN Control Center.

Adakah ini bermakna kita boleh melihat komputer gaming dengan jenama HyperX pada masa hadapan? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version