Site icon TechNave BM

HTC A101 dilancar: Miliki Unisoc T618, LCD 10″ dan bateri 7,000mAh berharga ~RM1,528

Tablet HTC A101 merupakan tablet kelas pertengahan dengan prestasi yang bagus. Ia telah dilancarkan di Afrika Selatan dan Rusia dengan harga RUB 19,890 (~RM1,528). Tablet berukuran 245.5 x 160.3 x 8.4mm dan berat 530 gram.

Tablet ini berbadan logam dan menampilkan paparan LCD 10 inci yang menawarkan resolusi 1920 x 1200 piksel. Ia dilengkapi dengan pin pogo yang boleh digunakan untuk menyambung papan kekunci. Ia menawarkan cipset Unisoc T618, RAM 8GB, storan 128GB, slot kad mikroSD untuk storan tambahan, bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan 10W dan menggunakan OS Android 11.

Di bahagian belakang terdapat dwi-kamera yang terdiri daripada kamera utama 16MP, kamera kedua 2MP dan denyar LED. Ia menyokong ciri fotografi seperti mod bokeh dan rakaman video 1080p. Bahagian hadapan pula terdapat kamera swaofoto 8MP yang menyokong Beauty Mode, rakaman video 720p dan pengimbas muka AI.

Seperti tablet yang lain, ia mempunyai butang audio, butang kuasa, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Ia menyokong sambungan Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0, LTE dan GPS. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan perak. 

Buat masa ini, masih tiada maklumat mengenai tablet ini akan dikeluarkan di pasaran negara yang lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version