Site icon TechNave BM

HTC akan lancarkan telefon pintar andalan pada April 2022, fokus pada VR “Viveverse”

Menurut sebuah laporan daripada media Taiwan, DigiTimes, HTC bakal melancarkan sebuah telefon pintar andalan (flagship) pada bulan April 2022. Maklumat ini telah disahkan oleh pengurus umum HTC Vive Asia Pasifiik, Charles Huang, dalam acara HTC di Mobile World Confress (MWC) 2022.

Selain dilengkapi spesifikasi tercanggih, telefon ini bakal memfokuskan pada penggunaan augmented reality (AR) dan realiti maya (VR) dengan platform VR HTC bernama Viveverse. Ini bakal menjadi telefon andalan HTC pertama sejak HTC U12+ yang dilancar pada 2018.

HTC merupakan sebuah syarikat yang ternama dalam industri VR, di mana mereka telah melancarkan set kepala (headset) VR HTC Vive yang sangat popular. Daripada segi telefon pintar pula, sebelum ini mereka pernah melancarkan telefon kelas pertengahan HTC Desire 20+ pada 2020 di beberapa negara terpilih.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon andalan HTC dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version