Site icon TechNave BM

HTC kembali, lancarkan telefon pintar HTC U20 5G dengan Snapdragon 765 & HTC Desire 20 Pro

Pada hari ini, HTC telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru untuk tahun ini, iaitu HTC U20 5G dan HTC Desire 20 Pro di Taiwan.

HTC U20 5G dilengkapi skrin LCD 6.8 inci dengan resolusi FHD+, cipset Snapdragon 765, RAM 8GB, storan 256GB, empat kamera yang mempunyai kamera utama 48MP, kamera hadapan 32MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W melalui Quick Charge 4.0. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari yang berada di belakang telefon.

Sementara itu, HTC Desire 20 Pro pula adalah telefon yang lebih rendah berbanding U20 5G. Ia dilengkapi skrin LCD FHD+ 6.5 inci, cipset Snapdragon 665, RAM 6GB, storan 128GB, pengecasan pantas Quick Charge 3.0, kamera hadapan 25MP dan bicu audio 3.5mm. Selain daripada itu, spesifikasi Desire 20 Pro adalah lebih kurang sama sahaja dengan HTC U20 namun ia tidak menyokong 5G.

Daripada segi rekaan luaran, U20 5G nampaknya mempunyai permukaan yang berkilauan tanpa sebarang corak namun Desire 20 Pro mempunyai corak garisan. Setakat ini kedua-dua telefon tersebut hanya akan dipasarkan dalam pasaran Taiwan dan belum ada maklumat tentang harganya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk terbaru HTC ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version