Site icon TechNave BM

HTC Vive Flow bakal diumumkan pada 14 Oktober

Menurut laporan dari Protocol, HTC sedang merancang untuk melancarkan kelengkapan realiti maya (VR) baharu pada minggu ini dan mengusahakan dunia maya seperti metaverse

VR headset digelar sebagai Vive Flow boleh digunakan untuk menonton pelbagai bentuk media atau bermain game kasual. Namun, ia tidak termasuk alat pengawal dan prestasinya kurang jika dibandingkan dengan Oculus Quest 2. Vive Flow mungkin dilancarkan semasa acara HTC “Go with the Flow”  pada 14 Oktober nanti. 

Metaverse terbaru pula diberi nama sebagai Viveport Verse. Anda boleh membuat avatar 3D serta meneroka pelbagai acara manakala ‘NFT Showroom’ dan hasil kandungan pengguna bakal hadir tidak lama lagi. Menariknya, anda tidak perlu menggunakan VR untuk mengunjungi Viveport Verse kerana ia serasi dengan desktop, komputer riba, tablet, telefon pintar dan VR headset.

Maklumat masih tidak jelas mengenai ruang terbaru Viveport Verse. Berkemungkinan Viveport Verse lebih berfokuskan dunia maya seperti Horizon Worlds Facebook. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version