Site icon TechNave BM

HTC Wildfire R70 dilancarkan dengan MediaTek Helio P23, tetapan tiga kamera dan bateri 4000 mAh

Siapa yang tidak kenal dengan jenama HTC yang pernah popular suatu ketika dahulu dengan telefon pintar canggihnya. Terkini, HTC kembali lagi ke arena teknologi dengan melancarkan keluarga baru siri Wildfire, HTC Wildfire R70.

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini merupakan telefon pintar kelas permulaan untuk negara India dan Thailand. Wildfire R70 dilengkapi MediaTek Helio P23, RAM 2GB + storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB) dan bateri 4000 mAh dengan pengecasan 10W.

Peranti dengan paparan skrin waterdrop HD+ 6.53 inci ini turut dihuni tetapan tiga kamera (16MP + 2MP + 2MP) dan kamera selfie 8MP. Spesifikasi asas kegemaran penggemar teknologi seperti bicu audio 3.5mm, Bluetooth dan sensor cap jari turut hadir pada HTC Wildfire R70. HTC Wildfire R70 boleh didapati dengan pilihan warna Aurora Blue dan Night Black.

Adakah anda berminat dengan Wildfire R70 dengan reka bentuk bergradien ini? Kongsikan pendapat anda di laman Facebook sekarang. Apa pun, kami masih tidak mempunyai maklumat rasmi mengenai keberadaan HTC Wildfire R70 di Malaysia dan jika ada maklumat, kami akan memaklumkannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version