Site icon TechNave BM

HUAWEI akan buka kedai terbesar luar China di Arab Saudi

HUAWEI bakal membuka sebuah kedai utama di Arab Saudi, di mana kedai ini akan menjadi kedai HUAWEI yang terbesar di luar China. Wakil dari kerajaan Arab Saudi telah pun mengesahkan kewujudan kedai tersebut yang akan dibina di ibu negaranya, Riyadh.

HUAWEI sudah pun menandatangani kontrak pajakan bersama syarikat pelaburan Arab Saudi, Kaden Investment Company. Walau bagaimanapun, tarikh pembukaan kedai tersebut tidak dimaklumkan dalam kenyataan kerajaan Arab Saudi itu, sebaliknya mereka hanya mengatakan penggunaan internet dalam negara itu akan meningkat sehingga 82.6% di kalangan populasinya pada 2022 berbanding 73.2% pada 2017.

Ini adalah kerjasama baru di antara kerajaan Arab Saudi dan HUAWEI, selepas kedua-dua pihak memeterai perjanjian persafahaman untuk menggunakan kecerdasan buatan bersama bahasa Arab dengan bantuan pengkaji dari Arab Saudi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GizmoAlpha

Exit mobile version