Site icon TechNave BM

Huawei akan gantikan sistem operasi Windows 10 dalam komputernya kepada HarmonyOS 2.0

Selepas Huawei disenarai hitamkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat pada tahun lepas, syarikat China itu bertindak membangunkan sistem operasinya sendiri yang dinamakan HarmonyOS. Menurut sebuah maklumat dari Weibo, kini Huawei akan memperkenalkan HarmonyOS 2.0 bukan sahaja terhadap produk komputernya, namun juga kepada jenama-jenama komputer China lain yang dioperasi oleh pemproses Kunpeng.

Beberapa bandar dan wilayah di China sudah pun bekerjasama dengan Huawei untuk membina rantaian bekalan PC Huawei. Menurut garis masa yang dibentangkan sewaktu Konferens Pembina Huawei (HDC) 2019, HarmonyOS 2.0 akan dilengkapkan dalam PC domestik, peranti boleh pakai dan kenderaan.

Huawei sudah pun membina sistem Kunpeng, yang terdiri daripada cipset Kunpeng dan motherboard Kunpeng, untuk rakan kongsinya. Pada 2019, Huawei telah menyenaraikan motherboard desktop-nya yang pertama berdasarkan pemproses Kunpeng 920.

Masih tidak jelas jika komputer Huawei yang telah berada dalam pasaran sekarang akan dipasangkan dengan HarmonyOS. Adakah anda berminat dengan komputer Huawei yang dioperasikan oleh HarmonyOS? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Huawei Central

Exit mobile version