Site icon TechNave BM

Huawei akan keluarkan telefon dengan 8 kamera?

Sebuah pendaftaran paten daripada Huawei dilaporkan mempunyai sebuah telefon pintar yang dilengkapi lapan kamera, menurut Android Headlines. Paten itu muncul dalam laman web Pentadbiran Hak Intelek Kebangsaan China (China National Intellectual Property Administration, CNIPA) yang turut hadir dengan gambar.

Menurut gambar tersebut, telefon itu akan dilengkapi enam kamera di belakang dan dua di hadapan. Selain daripada skrinnya yang rata, tidak banyak yang diketahui tentang telefon tersebut.

Dua kamera di hadapan diletakkan di bahagian kiri atas skrin manakala kamera bahagian belakang pula diletakkan di bahagian tengah dengan susunan tiga baris mendatar dan dua baris menegak. Perlu diingati bahawa ini hanyalah paten dan tidak bermakna Huawei akan menghasilkan telefon ini.

Berikan pendapat anda tentang jumlah kamera telefon yang banyak ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version